Author | : Profesor Dr Syed Hussein Alatas |
Publisher | : Gerakbudaya Enterprise |
Total Pages | : 88 |
Release | : |
Genre | : Political Science |
ISBN | : 967007617X |
DESCRIPTION REVIEWS (0) "Dr Mahathir melihat pertentangan antara Islam dan Sosialisme. Beliau tidak mengambil tahu bahawa Sosialisme itu ada berbagai macam. Yang dibahaskan aliran sosialisme Eropah jenis yang tidak mengutamakan agama. Ini tidak perlu saya jawab lagi kerana buku saya ini sudah merupakan satu jawapan." Islam dan Sosialisme, yang diterbitkan pada tahun 1976 sebagai Islam dan Sosialisma, ditulis oleh Profesor Dr Syed Hussein Alatas, pakar sosiologi Malaysia yang terulung. Walaupun sebuah naskah yang nipis, idea-idea beliau merangkumi persoalan yang besar dan penting, termasuk kaitan antara agama dan teori sosialis, jenis-jenis sosialisme yang berlainan serta kegelisahan rakyat awam tentang persamaan dan perbezaan antara sosialisme dan komunisme. Paling penting, beliau menyeru kami untuk melawan sistem kapitalis yang mencangkumi ekonomi dan pemikiran rakyat Malaysia. Lebih daripada 40 tahun selepas pernerbitan asalnya, pemikiran Profesor Alatas masih relevan hari ini.